Monday 3 December 2012

Dear Yayah 4: Surat dari Hazman untuk Nurjihan. ;)

Assalamualaikum ! Hello ! Hello !

Pernah baca novel Dear Yayah 4? Kalau yang sudah baca, tentu juga sudah baca entri Nurjihan dan surat-surat dari Hazman kepada Nurjihan betul tidak? Ini saya mahu coretkan sedikit surat dari Nurjihan dan Hazman. ;)

Surat Dari Hazman Untuk Nurjihan. 

6 Februari
Rumah Papan Bertangga
(tangga baru cat warna hijau)

Salam Nurjihan,
Apa khabar awak di rumah teres yang didepannya ada pokok mangga epal? Pokok mangga tu berbuah tak? Kalau ada, simpan untuk saya sebiji dua. Mana tahu saya sampai rumah awak sedikit hari lagi. Saya datang bawa rombongan merisik ya! (Hahaha... dah paniklah tu! Saya acah saja.)

Baru sebulan tak dapat tengok muka awak, fikiran saya dah bercelaru. Mujur ada gambar-gambar awak yang Khairi ambil semasa jamuan perpisahan kita dan gambar awak di tepi padang ada dalam simpanan-simpanan saya. Dapat juga saya bercakap-cakap dengan gambar awak semasa bosan. Ada juga mak dan adik-adik perli tapi saya buat tak tahu saja. Abah tak komen apa-apa. Tapi saya dapat baca apa yang terlintas di fikirannya. Dia pun sebenarnya nak tahu juga. Tapi biasalah orang lelaki... macho!

Okey, sampai sini dahulu. Saya tak biasa tulis surat panjang-panjang untuk awak. Walau bagaimanapun, saya janji saya akan tulis lebih kerap. Err.. Minggu depan saya telefon awak ya. Jangan tak jawab telefon pula...

Hazman.


Wahhh,..! Seperti orang bercinta dan dilamun cinta mereka berdua ini. Tahukan surat dari Nurjihan dalam entri seterusnya ok ! ;D

Lots of Love,
Miss Leabella.


1 comment: